Red Lollipop

Friday, October 11, 2013

Rasa

Kadang-kadang,bila orang tanya.
Hanya mampu diam saja. Tak mampu nak jawab semua.
Risau, nanti jawapan salah erti, salah tafsir, salah faham,
salam bermacam salah.

Dalam diam, dalam ketawa,
kadang-kadang ada masa sedih tak tahu punca. Rindu tak tahu siapa.
Orang tak tahu, mungkin boleh cakap semua.
Orang tak tahu, itu bukan cerita sebnrnya.
Tapi, jgn harap org tahu semua. Sbb ini tntg rasa. Ad jugak rahsia.
Letak dlm diri, bukan salah mereka,
Yang diri mampu, angguk, turut gelak sama. :)

Jauh dalam hati, nak sangt puaskan hati semua.
Biar semua org bahagia, semua org lega.
Mungkin tu blh tutp cerita.
Hakikat, diri tak mampu. Berpijak pd bumi nyata.
Diri manusia biasa.

Kalau mampu, nak bahagi diri dua. Mungkin tiga, empat, lima.
Satu sini, satu sana, satu lagi campaklah entah mana-mana.
Mungkin, Zuhal sana?

Masa diri jatuh, harap ad tgn datang.
Tak harap sepenuh perhatian, tp mungkin blh jdi penenang.
Diri harus akur, tak semua yg diharap itu yg kita dapat.

Tak semua yg datang, semua akan kekal.
Ad yang datang, mungkin hanya untuk kenal.
Jgn harap lebih. Pedih.

Kalau masih tak pasti, duduk diam.
Tanya diri.
Bukan tunding jari.

Friday, March 15, 2013

Raja hati.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. :)

Dia satu. Dan tetap akn jadi satu sampai bila-bila. Anugerah terindah dariMu.
Seorang teman untukku, juga seorang pahlawan, juga seorang buah hati. Tiap saat, tiap waktu.

Pesan untuk puteri kecilnya;
Jgn mengeluh kerana kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak. Dia. Suamimu yang lebih mampu melindungimu, melebihi perlindunganku,. Sayangi dia melebihi rasa sayangmu padaku. Nmun jgn pernh kau gantikan posisi ku dihati kecilmu. Simpan sedikit agar aku mampu hidup disitu, dihati puteri kecilku. :)

Pesan untuk putera kebanggannya;
Jadilah lebih kuat dan lebih tegar daripadaku, pilih ibu untuk anak-anakmu kelak lebih baik dari yang aku berikan untukmu. Cari wanita yang terbaik untuk ibu kepada cucu-cucuku. Pimpin mereka. Didik mereka. Itu amanah untukmu. :)


Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku,,
Seorang lelaki yang mengajarkan aku bagaimana mencintaiMu ya Allah
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tetapi juga untukku, ibuku, adik-adikku dan untukMu,
Seorang lelaki yang selalu ada untukku saat aku lemah berdiri
Seorang lelaki yang selalu mengingatkan aku akan impian besarku
Seorang lelaki yang selalu menjadi tonggakku besandar dari aku jatuh
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang tak pernah mengeluh didepanku saat sulit datang
Seorang lelaki yang ku ingin dia mnedampingiku menuju JannahMu

Dan aku berdoa untuknya,,
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi ujianMu, agar dia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah dia dada yang lapang, sehingga dia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dariMu
Berikanlah dia umur yang berkah, sehingga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu

Rindu anak.
Untuk Raja hati.
 ABAH :)