Red Lollipop

Friday, October 11, 2013

Rasa

Kadang-kadang,bila orang tanya.
Hanya mampu diam saja. Tak mampu nak jawab semua.
Risau, nanti jawapan salah erti, salah tafsir, salah faham,
salam bermacam salah.

Dalam diam, dalam ketawa,
kadang-kadang ada masa sedih tak tahu punca. Rindu tak tahu siapa.
Orang tak tahu, mungkin boleh cakap semua.
Orang tak tahu, itu bukan cerita sebnrnya.
Tapi, jgn harap org tahu semua. Sbb ini tntg rasa. Ad jugak rahsia.
Letak dlm diri, bukan salah mereka,
Yang diri mampu, angguk, turut gelak sama. :)

Jauh dalam hati, nak sangt puaskan hati semua.
Biar semua org bahagia, semua org lega.
Mungkin tu blh tutp cerita.
Hakikat, diri tak mampu. Berpijak pd bumi nyata.
Diri manusia biasa.

Kalau mampu, nak bahagi diri dua. Mungkin tiga, empat, lima.
Satu sini, satu sana, satu lagi campaklah entah mana-mana.
Mungkin, Zuhal sana?

Masa diri jatuh, harap ad tgn datang.
Tak harap sepenuh perhatian, tp mungkin blh jdi penenang.
Diri harus akur, tak semua yg diharap itu yg kita dapat.

Tak semua yg datang, semua akan kekal.
Ad yang datang, mungkin hanya untuk kenal.
Jgn harap lebih. Pedih.

Kalau masih tak pasti, duduk diam.
Tanya diri.
Bukan tunding jari.

Friday, March 15, 2013

Raja hati.

Assalamualaikum. Salam sejahtera. :)

Dia satu. Dan tetap akn jadi satu sampai bila-bila. Anugerah terindah dariMu.
Seorang teman untukku, juga seorang pahlawan, juga seorang buah hati. Tiap saat, tiap waktu.

Pesan untuk puteri kecilnya;
Jgn mengeluh kerana kau seorang wanita, jadilah selalu bidadari kecilku dan bidadari terbaik untuk ayah anak-anakmu kelak. Dia. Suamimu yang lebih mampu melindungimu, melebihi perlindunganku,. Sayangi dia melebihi rasa sayangmu padaku. Nmun jgn pernh kau gantikan posisi ku dihati kecilmu. Simpan sedikit agar aku mampu hidup disitu, dihati puteri kecilku. :)

Pesan untuk putera kebanggannya;
Jadilah lebih kuat dan lebih tegar daripadaku, pilih ibu untuk anak-anakmu kelak lebih baik dari yang aku berikan untukmu. Cari wanita yang terbaik untuk ibu kepada cucu-cucuku. Pimpin mereka. Didik mereka. Itu amanah untukmu. :)


Aku berdoa untuk seorang lelaki yang telah menjadi bahagian hidupku,,
Seorang lelaki yang mengajarkan aku bagaimana mencintaiMu ya Allah
Seorang lelaki yang hadir dalam setiap doa solatku
Seorang lelaki yang meletakkan namaku dalam lantunan doanya untukMu
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri, tetapi juga untukku, ibuku, adik-adikku dan untukMu,
Seorang lelaki yang selalu ada untukku saat aku lemah berdiri
Seorang lelaki yang selalu mengingatkan aku akan impian besarku
Seorang lelaki yang selalu menjadi tonggakku besandar dari aku jatuh
Seorang lelaki yang menjadi pahlawan dalam keluargaku
Seorang lelaki yang tak pernah mengeluh didepanku saat sulit datang
Seorang lelaki yang ku ingin dia mnedampingiku menuju JannahMu

Dan aku berdoa untuknya,,
Berikanlah kekuatan kepadanya untuk menghadapi ujianMu, agar dia mampu bangkit tiap kali badai menerpa
Berikanlah dia dada yang lapang, sehingga dia dapat sabar dalam mendidik anak titipan dariMu
Berikanlah dia umur yang berkah, sehingga tiap detik waktunya tak sia-sia di mata Mu

Rindu anak.
Untuk Raja hati.
 ABAH :)



Friday, June 22, 2012

GURAUAN MEMBUNUH

assalamualaikum :)

ehem. syoknya duk umah. Tak pyh penatkan diri kejar bas gi kelas. Tak payah celik mata  besar2 belek buku sebab nak exam. Tak pyh kejar mase tido lewat sebab nak siapkan assgment. Tak payah ngadap lauk sama kat kafe. hahahaha (gelak jahat).


Smpai je umah pagi Khamis, terus cari  katil. Nk topup tido yg trgndala dalam bas. haha. Tapi sebelum tu, nak ucap terima kasih blink-blik kepada Encik Qawi da Encik Apis sebb antar aku stesen bas. kiki
Perjalanan agak complicated kali ni. Sbb bas delay satu jam. Rosak katenye. haihh.
So, untuk menuNggu, lyn lagu disamping utntuk menutup telinga dek kerana terdenagar irama manusia berdengkur depan aku. haisshh. Sabo jela =..=

Entry kali ni bukan nak bercerita pasal kerosakan yang dialami oleh bas. Tapi nk kongsi pengalamn sentap. Hari pertama duk rumah dah dapat berita mendukacitakan. =(
Tgah gigih on9, tibe2 dikejutkan dengan satu wall post.









































Ohh,, fine . Dengan penuh pasrah aku terima bnda tu. Mungkin tkade rezeki takleh stay kolej lagi sem depan. Tapi seriusly, agak kecewa. T.T
Otak aku dah mula loading...

''nnti nk duduk dgn sape? nk cari rumah kat mane time gawat gni? Stay luar bahaya, mmpu ke aku? Mrkah merit aku takkan truk sangt smpai dye org tak bagi aku stay kolej.''  sob2 =(
Takpelah nia, tabahkan hati. Cacing dalam batu pob boleh idup, manusia lagi lah kan. (ayat pujuk diri).

Mase tu mula lah meraba cari fon. Nk luah nasib. Nk luah tacing didada. Semua insan aku text. Kat najwa, Lin, Mr.q, dan cik Nabila yg berbunyi :
 
                                          ''nama budak stay kolej dah kelua. aku tak dapat.
                                                          Aku nk duduk ngn sape nnti =( ''

Maka berpusu-pusu mereka memberi kata-kata smangt. Reaksi tak percaya pun ade. Suruh buat rayuan, buat double check, cri rumah sewa kt lua sekrang dan bla. bla. bla. Tgh sadis lyn perasaan. tibe2 cik Nabila kol. *(perbualn ini secara loudspekar)


Bell : Nia, kau nangis kee. Sabar la. urmm,, mcmane nk tolong ni eh.
Aku: aku nk duduk mane nnti nabila. aku nak duk ngn sape Y.Y
Ira : Dah suruuh ##### carikan rumah ke? suruh dye tlong cari sekarng la. Bru tak susah nnti
Aku : Eemm. ida cri rumah kat mane? 
Bell : aa aa aaa kt tepi Stesen U klu tak silap aku
Ida: @!%%%#@!)    ( ida cakap ape , aku tak dengar dgn jelas) * sbb sedih kannn*


Tapi tiba-tiba aku dengar mereka gelak kuat beramai-ramai. Okey fine. rupenya aku TERKENA!!

Bell;  hahahahahahahaha. kesian pulak aku dengar suare kau weh !
        Kau dapat kolej la. Kite sume dapt. Penat aku tahan gelak. Dah2. jagan nangis.
        hahahahahahahahahaahahaha


OHH. sentap kejap. O.O. Penat aku berduka, dyeorng boleh buat maen2. Berani mereka berkomplot beramai eh. fine. fine.
 tp jantung yg rase nk gugur rase naek balik. haha.
Alhamdulillah =D. Ada lagi rezeki aku. Agak cuak actually sbb persaingan terlampau ramai. Ramai kene tendang sebab nk bagi tmpt untuk student baru nnti.
Tp papepon. Alhamdulillah. Alhamdulillah =)





Friday, June 8, 2012

BUAH HATI

assalamualaikum =)



Bile malam2 buta canggini, duduk sorang2 dengan mata tak ngantuk memang bnyak bnda la pulak menerjah. Pdahal skrang musim exam, tapi rasa malas nak belek buku adalah berganda2. Oh no  o,o.
Post kali ni nak cerita pasal kawan-kawan boleh tak ? hihi. Sebab dimalam yang sepi, pak amat jual kopi pi pi. Kopi nya enak , bile belek2 balik gamba2 dalam lptop tibe2 trsnyum sorng2. hihi.
Dan hakikatnya, I miss U frenss. Tak kira shbt jauh mahupun dekat =')


Lokasi : Midvalley
1) Insan2 yang berkurun2 tak berjumpa. Lepas beberapa tahun baru dapat jejak kasih balik.
Sorng dah fly obersea, sorng bakal jadi doktor gigi, dan sorang lagi sedng menunutun di UPSI.
all da best guys =)

Lokasi : The Mines
2) Geng MRSM yang sangt sekepala zaman sekolah dulu. Kelas tak akan
pernah sunyi kalau ada mereka. Haha. Yang paling depan sifu Add Math zaman skolah . haha. Yang tersngeh bakal psykologiss nnti dan yg pliing kecik adalah orang berpengaruh di U beliau. hihi

Lokasi : Mdvly
3) Kawan2 yang sangup layan kerenah di UM. teman meronda, teman maen bowling, teman makan,
teman tgk wayang, teman gosip teman study, dan pelbagai jenis teman lagi. Mereka awesome !
i heart u =)

Lokasi : UM
4) Si manis Terengganu. Sume cite boleh kongsi.
Tak ada masalah komunikasi jadikan kami senang nak bergosip.
wkakakaka

Lokasi: Kompleks Perdana Siswa, UM
5) Budak2 kelas yang sgt sporting. Beza umur, beza jantina, theres not  the problem.
Teman study yg awesome sbb mereka sngt fokus. yeah ! 

Lokasi : Noodle Station, Mdvly
6) Memperkenalkan cik roomte trcinta. ZAFIRA ZAKI ! gud fren,
gud listener. Kaki shoping yg sngt hebat. Brg yang dibeli akn dikumpul tnpa dipakai.
wahh. gua tabik luu. haha 

Lokasi : Hotel Royale Chulan, KL
7) Kak Long @ NABILA ! beza setaun jepon. haha.
Ini adalh bday gurl mase entry ini ditulis. tepuk2. *clap. clap.clap*

Lokasi : Times Square
8) Roomte dari SABAH. ( yg tdung itam tu ye)  bakal ustazah okeyy. hihi.
Dalam bilik, dye boleh dikire yang paling matang.  kiki
tapi bab membahan manusia, kami sama level. kakakaka

Lokasi : KL Central
9) Yeah ! Kelihatn Qila (tdung cklat paling depan)  tersnyum bhagia distu. HAHA.
Meja tak akan sunyi kalau mereka semua ada.
Tak kira lokasi, tak kira masa tak kira suasana, kamilah juara bagi kategori GELAK.
haha




Unftntly.. x(
Ada jugak yang tak dapat ditayangkan wajah2 mereka disini atas sebab kolksi gmbar agak tidak memuaskan. aihh. Tambahn, laptop pernah dibedah dulu, so bnyk gmbr lost. T.T .hurmm.
Sokeyy.. Jgn kecik ati, nnti kte ambik gmabr lagi. hihi. 
Last word, i love u =)





HILANG



Bnda paling rutin, tiap2 hari, tak kira waktu, sepit rmbut akan hilang.
Dan mangsa yang akan tolong aku gigih mncari, adalah roomate2 tersayang =D
Tapi.. ok fine. malam ni sepit rambut hilang lagi. Dan bile pusing belakng, tgk roomate2 tercinta dah tido.
FINE. FINE. FINE. so, harus tdo jugak. 
bye. 

Friday, February 24, 2012

DUGAAN

assalamualaikum. =)


agak lame tak menjenguk kat sini. sebab utama, kemalasan bermharajalela di tahap maksima.
Sedar tak sedar, dah 2 minggu mula sem baru kt UM ni. Tp jauh di sudut hati, rase bagaikan 2 tahun. Y.Y
Sadis yang amat. hoho.
Tp jadual kli ni. Takde kls pagii. haha. bangga nye rase. Sebab bile strt kls pukul 8,
msti melngkah penuh longlai. Dalam kepala bntal ngn katil je nampak. Pkl 12 bru boleh berpijak di bumi nyata. haha.

Semua mnusia buat tekad bru bila msuk tahun baru. Tp aku, buln 2 dah nk msuk buln 3 pon blurr lagi. Teruknya insan ini  Y.Y. Takpelah, lain orang, lain cara kann. =)

Semester baru ni cita-cita tetap tnggi. Insyallah nk daptkn kputusn sebaik mungkin exam nanti. Tak dapat
4 flat pun sokey lagii. Asal ada peningkatan. Semester lepas, alhamdulillah mampu capai dekan =) , wpun
disudut hati, ade rase kecewa. Org lain mampu capai lagi tngii, kenapa aku tak blh. hurmm.
tp tetap kena  bersyukur dgn apa yg ada la kann. Dye rajin, sbb tu rsult lagi gempak. Aku ni, jeling buku sekilas lalu je. #PADANMUKA# = ='
Mnusia pertama yang diberitahu , MAMA . heppi bangat tw. haha
Tp, setakat angan-angan je ade baik takk payah kan. Nk dapt lebih, usaha pon msti berlipat berkali ganda.
Jdikn perkara lepas ebagi dorongn okeyy. Ada rzeki, adalah. Klu takde, ade la tuu slah kat mane2 dan yg pasti, perjuangn harus ditruskn. =D

Tgk member gune henset mahal, teringin bangt. Gajet hebakk tuu. Maklum lerr,
ramai dpat tajaan kn hihi. Tgk hnset, rase nk hnset, tgk lappy comel, rase nk lappy, tgk jeans, bju, bla,bla,bla... lagi laa !!  WAAAA =(
Tp, sblm keluarkan duit, berkali-kli jugak kene pikir. Takut takk pasal2 mnyesal di kemudian hari nanti. Lgi stu, takut MAMA membebel blipat kali ganda. haha. Tu pengurus kewangn utama yang berkaliber taw. haha. Takpe nia, menabung dulu duit yang ada tu ye. Tunggu duit tu beranak dlu . hihi.

pendek kata,
sabor nia. bnyk lagi bnda lbih pntg. Sob3 Y.Y

bye. iloveu.

Wednesday, January 11, 2012

Sekali jatuh, 8 kali bangkit. Dedicate : capital F

assalamualaikum untuk readers comel sekalian :)

  Terasa dah sangat lama tak jenguk blog. Bahang exam memang sangt terasa. Pergi mana-mana, mesti tengok insan lain hadap buku. Menarik agaknya subjek diorang sampai ade yang tak angkat muka langsung. Haishh. Tengok orang, tringin jugak nak jadi ulat bulu  ulat buku  sama, tapi baru tengok tajuk, mata dah juling air.
 *(tp juling air cantik kan) haha .
 
  Msuk dewan, berbekalkan konfideniti yang tnggi nak jawab exam, semangat pegang pen pilot biru. Dalam otak, idea tengah loading. Dalam hati, jntung dah mcm msuk sukaneka acara pecut 100 meter. = ='
Dapat je kertas soalan, perkara pertama dibuat, mesti tengok blkng paper. Nampak bayang je pon jadi la. hihi.
Macam yang dah diajar dari sye darjah satu (nak crita jugak)*, kalau nak jawab exam, baca doa. Moga diterangkan hati, dipermudahkan segala urusan. Insyallah, lancar segala urusan.

  Tp, kadang-kadang langit bukan selalu biru, ada jugak ketikanya kapal terbang lalu   ribut datang. Bila tengok soalan yang tercapai dek akal fikiran, serta merta rasa nak pitam. Tngan jadi pakinson seta merta. Otak yang tengah loading dari td tetibe je terhenti tros. (errr, line tenet putus kejap)*. Tmbah pulak, soalan no satu pon dah rasa berpuaka. Memey rasa sngt down. Kerdilnya didri dlm dwn exam yang besar tu. Terasa umpama diri ini dibedil dengan pistol air. Warghhhhhhhh ! #,#

  Pernah jugak terdetik dalam hati,
kenapa susuh sngt nak keluar idea ni?
kenapa susah sngt nak kire ni ?
kenapa susah sngt nak paham kehendak soalan ni ?

# tepuk dahi, belek buku#

Padahal rasa benda yang ditanya tu dak banyak kali diulang pembacaan. Tapi, kenapa ada halangan jugak nak jawab ? Sye pernah usulkan bnda ni pada cikgu dulu. Begini kata beliau :

1)Pertama, tengok diri kita. Tak payah melilau pandang orang lain. Tnya diri sendiri. Bgaimana hubngn kita dgn Allah. Kita mintak keberkatannya, tapi adakah kita selalu berhubung dengnnya ?  (tnya diri)

2)Kedua, tengok cara belajar kita. Adakah amat tekun? Adakah sedang-sedang? Adakah sambil lewa ? Kejayaan setimpal hanya layak untuk insan yang usaha bertan-tan. Kalau spesis skali baca dah boleh masuk, Alhamdulillah. Tp, jika anda bukan jenis tu, AMARAN KERAS. Sila jgn tiru cara belajar rakan2 dari spesis tu.

3)Ketiga, tnya diri, adakah anda berkongsi ilmu dgn org lain ? Jangn bersikap bongkak dengan kibijaksanaan sementara. Sebnyak mana pengetahuan yang kita ada, sebarkan. Tak rugi jika berkongsi ilmu =)

4)Dan yang utama sebenarnya selepas ALLAH adalah ibu bapa. Doa ibu seorang ibu sngt besar kuasanya. Jika anda diperantuan, kol la dye. Skype kee. Hoho. Mintak doakan semuanya berjalan lancar. Klu yang stay dengan parents, untunglaa =')
Sebelum turun, peluk cuim ibu ayah. Insyaalh berkat. =)

TAPI, andai kata anda gagal, percayalh, pasti ada hikmah untuk semua tu. Sekali kita jatuh, 8 kali kite kena bangun balik. YEAH ! Kegagalan amat menyakitkan, so, carilah ubat dengan kejayaan.

Untuk kapital F, sila bangkit. Anda tak sorang2 okey.
 i lap u .

nota kaki : doakan sye jugak wahai readers. ^.^